Majlis Sambutan Aldil Fitri IPGK Ipoh

 

24 Mei 2022 – IPGKI telah mengadakan majlis sambutan aidil fitri pada 24 Mei 2022. Setiap jabatan dan unit diberi khemah dan menyediakan makanan yang dipersetujui bersama. JPPI IPGKI, JIP dan JPJPK telah dipilih berkongsi khemah dan penyediaan lemang serta kuih muih. Majlis berjalan dengan meriah. Pemotongan lemang sebanyak seratus batang dilakukan pensyarah JPPI, JIP dan JPJPK di surau PIAH IPGKI. Pertandingan khemah tercantik telah diadakan. Sambutan aidil fitri berjalan dengan meriah dan semua warga IPGKI bergembira dengan sambutan ini kerana telah dua tahun tidak dapat mengadakan sambutan aidil fitri secara terbuka. Semoga keadaan di Malaysia bertambah baik dari semua aspek dan kehidupan dapat berjalan dengan lebih sejahtera.


Kongsi:

Related Posts:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan