23 Mei 2022 – Keluarga JPPI IPGKI telah mengadakan
majlis perpisahan dengan Encik Selvam yang telah mendapat surat kelulusan
bertukar ke IPGK Pulau Pinang. Majlis diadakan di Artworks Hotel Ipoh
dihadiri Ketua Jabatan JPPI IPGKI dan semua pensyarah JPPI IPGKI. Warga JPPI dan warga IPGKI merakamkan ucapan pernghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada Encik
Selvam yang telah menyumbang khidmat bakti terpuji selama berkhidmat di IPGKI.
Encik Selvam telah berkhidmat di IPGKI selama 13 bulan. Beliau sememangnya
warga Pulau Pinang dan akan mula berkhidmat di IPGK Pulau Pinang pada 25 Mei 2022. Tahniah
dan selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Selvam. Didoakan semoga bahagia di
samping keluarga tercinta di Pulau Pinang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan