Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Jabatan


Kami warga Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dengan ini bertekad, beriltizam, berikrar dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:

  1. Komited memberi perkhidmatan kepada warga IPG Kampus Ipoh berkaitan penyelidikan, inovasi dan pengantarabangsaan dengan penuh dedikasi, tanggungjawab dan keikhlasan.
  2. Menyediakan khidmat dan nasihat yang berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan IPG Kampus Ipoh terhadap program penyelidikan, inovasi dan pengantarabangsaan.
  3. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan cepat kepada semua warga IPG Kampus Ipoh.
  4. Menjadi ahli akademik dan pengurusan yang aktif secara profesional dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengantarabangsaan di IPG Kampus Ipoh.
  5. Menyediakan perkhidmatan profesional dan pengurusan dengan penuh integriti dan etika.
  6. Menjawab maklum balas dan terus meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada warga IPG Kampus Ipoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan