Pengenalan ( Visi, Misi, Objektif)

Visi

Pembudayaan penyelidikan dan inovasi melalui perancangan hala tuju strategik dan aktiviti pengantarabangsaan yang dinamik ke arah kecemerlangan pendidikan guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

 


Misi

Memperkasa budaya penyelidikan, inovasi dan pembangunan pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh melalui perancangan strategik yang berkualiti dan aktiviti pengantarabangsaan dalam merealisasi matlamat Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

 

Objektif Jabatan

  • Merancang, menyelaras dan mengurus aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
  • Membangunkan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pensyarah, guru dan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
  • Meningkatkan kemahiran dan kebolehan menyelidik dalam kalangan pensyarah guru dan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
  • Mendokumentasikan dan mengurus penyebaran dapatan penyelidikan (perkongsian maklumat).
  • Melaksanakan kurikulum penyelidikan dalam latihan perguruan.
  • Melaksanakan Penilaian program-program (dalam perkhidmatan dan pra perkhidmatan) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
  • Mengurus dan menyelaras aktiviti pengantarabangsaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan