• ;
  • ;

13.03.2026 - MAJLIS PELUNCURAN RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2026 - 2035

13.03.2026 - Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mac 2026 di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh (IPGKI). Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan hala tuju baharu pendidikan negara yang menekankan peningkatan kualiti, pengurangan jurang serta pengukuhan sistem pendidikan secara menyeluruh.

Majlis dimulakan dengan tayangan video berkaitan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035, diikuti dengan ketibaan para pensyarah dan jemputan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan pengacara dan ucapan perasmian oleh Pengarah, Dr. Hamidah binti Samsudin.

Kemuncak majlis diserikan dengan gimik peluncuran serta tayangan montaj yang memaparkan aspirasi dan perancangan strategik pendidikan negara. Majlis turut disemarakkan dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia yang mencerminkan semangat dan komitmen warga pendidik.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan bersurai pada jam 11.20 pagi. Secara keseluruhannya, majlis ini berjaya meningkatkan kesedaran serta kefahaman warga IPGKI terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 selaras dengan tema “Merapatkan Jurang, Meningkatkan Mutu, Meraih Kejayaan Bersama.”






Kongsi: