WEBINAR KONSULTASI PENYELIDIKAN TINDAKAN

 

11 Mei 2022 - Bengkel Konsultasi Kajian Tindakan dalam talian telah diadakan pada 1 1 Mei 2022. Bengkel bermula 2.30 petang dan berakhir 5.30 petang, lewat setengah jam dari jadual asal kerana sambutan menggalakkan Para peserta bertanya banyak soalan kepada penceramah dan berlaku sesi percambahan idea semasa soal jawab pada. Bengkel anjuran JPPI IPGKI ini dijalankan dengan kerjasama Prospen IPGKI, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, JPN Perak. Penceramah terdiri daripada Dr Rusmawati Othman dari IPGK Darulaman dan Dr Kamaruddin Illias pensyarah JPPI IPGKI. Ketua Jabatan JPPI IPGKI telah bertindak selaku moderator. Penyertaan terdiri daripada para guru JPN Perak yang bakal menjalankan kajian tindakan pada tahun 2022 ini. Turut menyertai bengkel ini para pensyarah IPGKI, dan pelajar IPGKI. Jumlah keseluruhan peserta menyertai Google Meet dan Live Facebook bengkel ini seramai 650 orang. Bengkel ini menjadi pemangkin kepada penyelidikan tindakan dan penyelidikan dalam kalangan para guru, siswa pendidik dan pensyarah. Dengan sambutan menggalakkan dan permintaan para peserta khususnya para guru, bengkel lanjutan akan diadakan dalam masa terdekat. Pihak JPN Perak dan JPPI IPGKI dalam perancangan bekerjasama mengadakan seminar penyelidikan pendidikan pada hujung tahun 2022. Tarkh seminar akan dimaklumkan kemudian.

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan