Bengkel Jurulatih Utama (JU) Kajian Tindakan

 

Bengkel Konsultansi Kajian Tindakan telah diadakan secara dalam talian pada 11 Mei 2022. Bengkel bermula 2.30 petang dan berkahir 5.30 petang. Bengkel anjuran JPPI IPGKI ini dijalankan dengan kerjasama Prospen IPGKI, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, JPN Perak. Penceramah terdiri daripada Dr Rusmawati Othman dari IPGK Darulaman dan Dr Kamaruddin Illias pensyarah JPPI IPGKI. Ketua Jabatan JPPI IPGKI telah bertindak sebagai moderator. Penyertaan terdiri daripada para guru JPN Perak yang bakal menjalankan kajian tindakan pada tahun 2020. Turut menyertai bengkel ini para pensyarah IPGKI, dan pelajar IPGKI. Jumlah peserta seramai 650 orang. Bengkel ini sebagai pemangkin kepada penyelidikan tindakan dan penyelidikan dalam kalangan para guru, siswa pendidik dan pensyarah. Dengan sambutan menggalakkan dan permintaan para peserta khususnya para guru, bengkel lanjutan akan diadakan dalam masa terdekat. Pihak JPN Perak dan JPPI IPGKI akan mengadakan seminar penyelidikan pendidikan pada hujung tahun 2022. Tarkh seminar akan dimaklumkan kemudian. Pihak IPGKI dan PPD Kinta Utara akan mengadakan Kolokium Penyelidikan Tindakan pada 18 dan 19 Julai 2022. Kolokium ini akan menjadi pencetus dan pembuka jalan kepada para guru khususnya dalam PPD Kinta Utara dan JPN Perak untuk membudayakan penyelidikan tindakan. Peserta yang terpilih menerima pingat emas, perak dan gangsa berpeluang mewakili PPD Kinta Utara ke Kolokium Penyelidikan Tindakan JPN Perak September ini. Semoga peserta dapat meneruskan penyertaan kolokium penyelidikan tindakan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada masa hadapan.

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan