Kolokium Penyelidikan Tindakan IPGKI dan PPD Kinta Utara

 

18 dan 19  Julai 2022 – JPPI IPGKI telah berkolaborasi dengan PPD Kinta Utara mengadakan Kolokium Penyelidikan Tindakan di IPGKI.  200 guru di bawah PPD Kinta Utara telah menghantar abstrak penyelidikan tindakan kepada pihak PPD Kinta Utara. 30 orang peserta terpilih untuk menyertai Kolokium Penyelidikan Tindakan yang dijalankan di IPGKI secara kerjasama dengan pihak PPD Kinta Utara. Sidang selari diadakan di 4 buah bilik di kampus IPGKI. Para peserta iaitu guru-guru dari PPD Kinta Utara yang terpilih telah mempersembahkan penyelidikan tindakan mereka. Panel penilai terdiri daripada para pensyarah JPPI dan IPGKI. 6 orang peserta yang menerima anugerah pingat emas akan mewakili PPD Kinta Utara ke Kolokium Penyelidikan Tindakan JPN Perak pada September 2022. Semoga segala daya usaha, kesungguhan dan kreativiti peserta membuahkan kejayaan dan dapat menyertai kolokium peringkat kebangsaan dan seterusnya antrabangsa. Semoga budaya penyelidikan dalam kalangan guru berterusan dan menghasilkan kecemerlangan dalam pendidikan di Perak serta Malaysia umumnya.

 







Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan