KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT IPGKI 2022 (KoPPP)

 

27 Julai 2022 - 

Kolokium Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPGKI (KoPPP) tahun 2022 telah dijalankan secara dalam talian pada hari rabu 27 Julai 2022. 28 kertas penyelidikan telah dibentangkan. 22 kertas penyelidkan adalah daripada pensyarah IPGKI. Baki 6 kertas penyelidikan daripada pelajar unit T pengkhususan Pengajian Melayu. Tema KoPPP kali ini ialah Memperkasakan Amalan         Penyelidikan Masa Kini.           Ucaptama telah disampaikan oleh Dr Masitah binti Mohammad Yusof Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn. Manakala perasmian pembukaan KoPPP pula disempurnakan oleh Encik Mohd Khadri bin Fadzil Rahman Timbalan Pengarah IPGKI. Perasmian dan ucaptama kolokium boleh ditonton di link berikut: https://youtu.be/YsvMzOJa-rg

Sidang selari di empat bilik virtual kolokium boleh ditonton di link berikut:

Bilik 1 : https://youtu.be/4UP8eLajjYU

Bilik 2 : https://youtu.be/OW99Kl-LTsg

Bilik 3 : https://youtu.be/dvbWDrdfD0Y

Bilik 4 : https://youtu.be/pgkcO9PNoDY           

Majlis penutup disempurnakan oleh Dr Azmi bin Abdul Hamid Ketua Jabatan JPPI boleh ditonton di link berikut: https://youtu.be/Th-tHAEBXPs

Penyelidkan yang terpilih akan dimasukkan ke dalam jurnal penyelidikan Dedikasi IPGKI Tahun 2022 yang dalam proses disiapkan dan akan dilancarkan nanti. Kertas-kertas  penyelidikan yang terbaik akan mewakili IPGKI dalam kolokium penyelidikan pendidikan peringkat negeri yang akan dijalankan pada  minggu keempat bulan september 2022. Kolokium peneyelidikan pendidikan peringkat negeri Perak tahun 2022 ini adalah kerjasama IPGKI dengan JPN Perak. Semoga budaya penyelidikan yang berkembang dalam kalangan warga pendidik IPGKI dan warga pendidik Perak dapat melangkah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan