BENGKEL KERJA BAGI SESI PENILAIAN ARTIKEL KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK TAHUN 2022

 

3 OGOS 2022 - Bengkel Kerja Penilaian Artikel Kajian Tindakan telah dijalankan di Bilik Sakura IPGKI pada 3 dan 3 Ogos 2022 mulai 9 pagi – 4 petang. Bengkel ini dijalankan dengan Kerjasama JPPI IPGKI dan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Tujuan bengkel penilaian ini bagi menetapkan pemilihan peserta ke Kolokium Penyelidikan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2022 yang bakal dijalankan pada November 2022 nanti. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari daripada 3-4 Ogos 2022 berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif. Pensyarah-pensyarah IPG Kampus Ipoh yang terlibat sebagai panel bengkel berkenaan ialah Dr. Kamaruddin Ilias, En. Mubin Md Nor, Dr. Fauziah Hanim Md Yusof, Dr. Mohd Taufik Hj Ahmed, Dr. Mani Rajan a/l Ellappan dan En Ahmad Masdil Fazli Mohamed. Selain daripada panel-panel IPG Kampus Ipoh, pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak  dan Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara juga terlibat dalam sesi pemilihan berkenaan. Peserta terbaik yang berjaya dalam Kolokium penyelidikan Negeri Perak Tahun 2022 akan mewakili negeri Perak dalam Kolokium Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. Semoga IPGKI dan JPN Perak berjaya menjadi pemacu penyelidikan pendidikan di Malaysia pada masa terdekat.

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan