MESYUARAT PELARASAN KOLOKIUM PENYELIDIKAN TAHUN 2022 JPPI IPGKI DENGAN JPN PERAK

 


02 September 2022Mesyuarat Pelarasan Kolokium Penyelidikan         Pendidikan   Perak tahun 2022     telah diadakan pada 2 September 2022 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTPN) Negeri Perak.        Mesyuarat ini bertujuan membuat pelarasan Kolokium Penyelidikan Pendidikan yang bakal diadakan pada 27 September tahun 2022 di hotel Travelodge mulai 08.30 pagi 2022 dan dijangka tamat pada tarikh yang sama 5.00 petang. Kolokium ini dianjurkan bersama oleh JPPI IPGKI dengan usahasama dengan JPN Perak. Mesyuarat berjalan lancar dan ditangguhkan pada jam 5.15 petang. Kolokium ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Senator Datuk Dr Mah Hang Soon. Mesyuarat kedua akan dijalankan pada 14 September 2022. Semoga Kolokium akan berjalan lancar dan menjadi penggerak kepada penglibatan yang lebih besar dalam aktiviti penyelidikan pendidikan dalam kalangan guru, pensyarah, dan siwa guru di Perak serta seluruh Malaysia. 


Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan