07 September 2022- BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENGUKUHAN PASUKAN INOVASI PELAJAR

 

07 September 2022Bengkel Pemantapan dan Pengukuhan Pasukan Inovasi pelajar anjuran JPPI  telah diadakan di Makmal Bestari IPGKI.  Bengkel dikendalikan oleh Dr. Norlia Mat Esa selaku penyelaras program manakala Dr Norhasimah Abu Bakar dari JKA telah menjadi  penceramah dan fasilitator. Seramai 32 orang pelajar telah menyertai bengkel ini. Objektif bengkel adalah memantapkan dokumentasi laporan projek inovasi untuk persembahan dalam pertandingan. Selain itu, objektif bengkel juga untuk mempertingkatkan kecekapan dan kemahiran dalam penyampaian idea secara kreatif dan berkualiti. Kursus ini menyokong Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh bagi Tema Strategik 4 Penyelidikan dan Inovasi Berimpak. Diharapkan agar pelajar yang menyertai bengkel ini akan berjaya hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pertandingan inovasi tahun hadapan.

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan