Kolokium
Penyelidikan Pendidikan Peringkat Negeri Perak tahun 2022 telah dijalankan pada
hari selasa 27 September 2022 yang lalu di Hotel Travelodge Ipoh. Kolokium
ini adalah anjuran bersama JPPI IPGKI dengan JPN Perak. Tema kolokium ialah Penyelidikan
Memacu Transformasi Pendidikan Global. Sebanyak 31 Kertas penyelidikan telah
dibentang dalam kolokium ini. 15 kertas penyelidikan daripada pensyarah dan
pelajar IPGKI yang telah memenangi pingat dalam Kolokium Penyelidikan
Pendidikan IPGKI tahun 2022 pada Julai tahun 2022. Baki sebanyak 14 kertas
penyelidikan adalah daripada guru JPN Perak yang telah menang dalam Kolokium
Penyelidkan JPN Perak tahun 2022 yang diadakan 2 bulan sebelum ini. Pada masa yang sama Pertandingan dan Pameran
Inovasi Pendidikan turut diadakan dengan 14 reruai dibuka. Penyertaan Inovasi ini terdiri daripada
Pensyarah IPGKI, pelajar IPGKI dan Guru JPN Perak yang telah menang pertandingan
peringkat IPGI tahun 2022 dan pertandingan Inovasi peringkat JPN Perak tahun
2022. Kolokium dimulakan dengan ucaptama
oleh Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi. Manakala perasmian penutup pula disempurnakan
oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang
mewakili Timbalan Menteri Pendidikan 1 YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon.
Kertas Penyelidkan
yang menang akan dimasukkan ke dalam
jurnal penyelidikan JPN Perak Tahun 2022 yang dalam proses disiapkan dan akan
dilancarkan nanti. Kertas-kertas
penyelidikan yang terbaik akan mewakili JPN Perak dalam kolokium penyelidikan
pendidikan peringkat kebangsaan tahun 2022. Kolokium peringkat negeri Perak ini
adalah kerjasama IPGKI dengan JPN Perak. Semoga budaya penyelidikan yang
berkembang dalam kalangan warga pendidik IPGKI dan warga pendidik Perak dapat
melangkah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Ucaptama oleh Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi
Pembentangan oleh 31 peserta di empat bilik sidang selari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan