|
Pengarah IPGKI Dr Yahya Osman menyampaikan ucapan alau-aluan |
08 Disember 2022 - Pihak JPPI dan JKA IPGKI telah menyambut kedatangan
rombongan JK Majlis Jaminan Kualiti Kolej Vokasional Zon Perak yang mengadakan
lawatan penanda aras ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Pasukan seramai 10
orang JK ini telah hadir dengan diketuai oleh Puan Hjh Zuraidah M Zain. Program
ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman bagi penambahbaikan pengurusan
kualiti akademik dan pengurusan inovasi di Kolej Vokasional seluruh Perak. MOU
Persefahaman dan kerjasama telah ditandatangi oleh Ketua JK MK KV Perak Puan
Zuraidah M Zain. Manakala di pihak IPGKI pula, KJ JPPI Dr Azmi bin Abdul Hamid &
KJ JKA Encik Azhar bin Osman menandatangani MOU ini. Majlis bermula dengan
ucapan alu-aluan oleh Pengarah IPGKI Dr Haji Yahya bin Osman. Seterusnya
taklimat oleh KJ JKA Encik Azhar bin Osman dan taklimat oleh KJ JPPI Dr Azmi bin
Abdul Hamid. Timbalan Pengarah IPGKI Encik Khadri bin Fadzil Rahman telah
mempengerusikan perbincangan, soal jawab dan majlis penutup. Pihak JPPI dan JKA
IPGKI akan mengadakan lawatan balas ke KV sepertimana cadangan pihak JK Majlis
Jaminan Kualiti KV Perak pada awal tahun 2023 bagi membincangkan beberapa
program kerjasama yang sesuai seperti penyelidikan dan inovasi. Semoga kerjasama
IPGKI dengan KV Perak akan mempertingkatkan hasil serta kualiti dalam
penyelidikan pendidikan dan inovasi. Diharapkan kerjasama ini akan berjaya
meneroka beberapa peluang dalam pendidikan demi memartabatkan kualiti pendidikan
di Malaysia.
|
Menandatangani MOU
|
|
Penyampaian Cenderamata |
|
Gambar kenang-kenangan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan