Webinar penyelidikan pendidikan anjuran JPPI, JKA dan Prospen akan dijalankan pada 21 Februari 2023 hingga 23 Februari 2023 secara dalam talian mulai 09.00 - 11.00 pagi. Webinar ini khusus untuk siswa guru unit V yang sedang menyiapkan proposal dan akan mula menjalankan penyelidikan pada semester hadapan. Webinar ini terbuka kepada semua siswa guru IPGKI. Fasilitator webinar terdiri daripada tiga orang pensyarah iaitu Dr Siti Rosni binti Mohamad Yusoff yang akan menyampaikan syarahan Kaedah Penyelidikan Kualitatif. Dr Fauziah Hanim binti Md Yusof pula menyampaikan syarahan Kajian Tindakan. Manakala Dr Kamaruddin bin Alias menyampaikan syarahan Kaedah Penyelidikan Kuantitatif. Terima kasih kepada penceramah yang sudi berkongsi kepakaran masing-masing. Semoga kualiti penyelidikan pelajar IPGKI mencapai tahap yang tinggi dan dapat diterbitkan dalam jurnal peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Link untuk menyertai webinar: https://meet.google.com/nfr-kech-vut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan