Lawatan ke SK Dallas Kota Belud
Lawatan ke IPGK Tawau |
Lawatan ke SK Mabul dan Sekolah Al Amin (Persendirian/NGO) |
Peserta rombongan menaiki kapal terbang murah Air Asia. Namun pihak Air Asia telah menjadualkan semula tarikh dan waktu penerbangan menyebabkan beberapa orang pensyarah telah tidak dapat mengikuti program ini kerana ada aktiviti rasmi lain di IPGKI ataupun aktiviti anjuran IPGM.
Hari pertama
program dalam jadual asal ialah ke Kundasang dan melawat SK Kundasang, SMK
Kundasang dan PPD Ranau. Aktiviti dirancang awal
untuk melawat SK Aktiviti Santai
Kundasang, SMK Kundasang dan PPD Ranau terpaksa dibatalkan
kerana penjadualan semula tarikh penerbangan. Bagaimanapun rombongan
berkesempatan melawat SK Dallas yang terletak dalam daerah Kota Belud
bersempadan dengan Kundasang.
Pada 02 November
2022, peserta menaiki kapalterbang ke Tawau dari Kota Kinabalu. Keesokannya
iaitu pada 02 November 2022 peserta melawat IPGK Tawau. Peserta diberi taklimat
oleh Timbalan Pengarah IPGK Tawau, Ketua Jabatan JPPI, Ketua Jabatan JKA dan
pensyarah kanan bidang kaunseling.
Usai aktiviti
beramah mesra dan taklimat di IPGK Tawau, peserta bergerak ke Semporna untuk
menyambung perjalanan ke Pulau Mabul keesokan harinya. Peserta bermalam di
Semporna semalam sebelum ke Pulau Mabul keesokan harinya pada 03 November 2022.
Antara yang
dilawati di Pulau Mabul ialah SK Mabul. Selain dari itu rombongan turut melawat
Sekolah Al Amin iaitu sebuah sekolah yang diusahakan oleh sebuah NGO demi
kelangsungan pendidikan asas kepada kanak-kanak di Pulau Mabul. Banyak
pengalaman dan pengetahuan baharu diperoleh ahli rombongan khususnya pendidkan
peribumi anak-anak masyarakat tempatan di pulau. Para pendidik perlu banyak
mendalami untuk memahami dan mempraktikkan ilmu pedagogi peribumi dalam usaha
meneruskan penyampaian ilmu kepada anak-anak peribumi. Pada 04 November 2022 ahli rombongan meninggalkan Pulau Mabul menjuju ke Semporna dan seterusnya ke lapanganterbang Tawau untuk pulang ke Semenanjung. Kapal terbang dinaiki selamat mendarat di KLIA kira-kira jam 10.45 malam. Semoga program ini dapat disambung dan para pensyarah IPGKI dapat menyumbangkan kepakaran dalam membantu pendidikan anak-anak peribumi di Semporna Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan