BENGKEL KONSULTASI INOVASI UNTUK PENSYARAH & SISC+ JPN PERAK

 

30 Mac 2022 – Bengkel Konsultasi Inovasi untuk pensyarah dan SISC+ anjuran JPPI dengan kerjasama Unit Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPNP) telah diadakan secara dalam talian.  Bengkel turut disertai para guru JPNP dan jumlah peserta mencapai angka 87 orang. Bengkel yang dikendalikan oleh Dr. Azmi bin Abdul Hamid Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPGKI telah disampaikan oleh En. Abu Kasim bin Ali Musa pensyarah cemerlang JTPM IPGKI dan Puan Rosmah binti Ramli pensyarah cemerlang JSC & Math IPGKI. Kedua-dua penceramah telah beberapa kali berjaya memenangi pingat emas pertandingan inovasi peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Inovasi terbukti memberi impak yang amat banyak dan memberi kesan baik terutama dalam bidang pendidikan. Semua pensyarah, SISC+, dan para guru amat digalakkan menyertai program inovasi yang diadakan pada setiap tahun. Puan Rosmah dan Encik Abu Kasim telah menjelaskan maksud inovasi, jenis-jenis inovasi serta cara menyediakan pembentangan yang menarik dan berkesan. Selain itu penceramah juga telah menghuraikan secara spesifik pembangunan inovasi dari langkah permulaan sehingga langkah terakhir iaitu pendaftaran penjenamaan produk inovasi yang sistematik. Tarikh penghantaran video persembahan inovasi IPGKI untuk tahun 2022 ialah mulai 23 hingga 31 Mei 2022. Tarikh penghakiman pada 13 – 17 Jun 2022. Manakala tarikh pengumuman keputusan pertandingan akan diadakan pada 8 Julai 2022. Semua pelajar, pensyarah, guru-guru dan seluruh warga JPN Perak digalakkan turut serta.

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan