BENGKEL PENULISAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

 

01 APRIL 2022 – Bengkel Penulisan Proposal Penyelidikan Siri 1  untuk pensyarah dan guru anjuran JPPI IPGKI dengan kerjasama Unit Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPNP) telah diadakan secara dalam talian.  Bengkel turut disertai pensyarah IPGKI dan pensyarah IPGK lain serta para guru JPNP. Para guru dari JPN seluruh Malaysia termasuk JPN Sabah dan Sarawak turut menyertai bengkel dalam talian ini. Jumlah peserta menyertai Google Meet mencapai angka 350 orang. Bengkel ini turut disiarkan secara langsung melalui Facebook IPGKI. Bengkel telah dikendalikan oleh Haji Zain Hazmi pensyarah kanan Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia IPGKI yang bertindak sebagai moderator. Penceramah ialah Dr Mariah Kamarudin pensyarah cemerlang JIP IPGKI dan Dr Abdul Hadi Mat Dawi  Pensyarah Gred Khas C dari JTPM IPGKI. Penceramah pertama iaitu Dr Mariah Kamaruddin telah berkongsi tips teknik dan prosedur menulis bab satu proposal diikuti bab kedua dan ketiga yang boleh digunakan untuk untuk menghadiri temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan juga sesi pembentangan proposal sebenar ijazah lanjutan. Dr Abdul Hadi pula telah berkomunikasi dengan peserta untuk mengetahui tahap pengetahuan dan keperluan peserta untuk menulis proposal peringkat Doktor falsafah dan juga sarjana. Banyak tips penting dikongsi oleh Dr Abdul Hadi untuk kejayaan penulisan proposal sebenar penyelidikan peringkat ijazah tinggi dan juga tujuan temuduga HLP. Bengkel mendapat sambutan menggalakkan dengan pelbagai soal dari para peserta. Terdapat permintaan dari peserta untuk mengadakan sesi seterusnya untuk penulisan proposal yang lengkap. 

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan