18 Mac 2022 – Bengkel Konsultasi Inovasi Pelajar Siri 1 anjuran JPPI telah diadakan secara dalam talian. Bengkel yang dikendalikan oleh Dr. Norlia Mat Esa selaku penyelaras program telah disampaikan oleh En. Abu Kasim bin Ali Musa, yang merupakan penceramah undangan dari JTPM. Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPGKI telah merasmikan program berkenaan. Antara lain intipati ucapan Dr. Yahya adalah impak inovasi yang amat banyak dan memberi kesan baik terutama dalam bidang pendidikan. Semua pelajar amat digalakkan menyertai program inovasi yang diadakan pada setiap tahun. Encik Abu Kasim telah menjelaskan maksud inovasi, jenis-jenis inovasi serta cara menyediakan pembentangan yang menarik dan berkesan. Selain itu penceramah juga telah menghuraikan secara spesifik pembangunan inovasi dari langkah permulaan sehingga langkah terakhir iaitu pendaftaran penjenamaan produk inovasi yang sistematik. Untuk Pertandingan Inovasi IPGKI Tahun 2022, tarikh penghantaran abstrak bermula dari 22 Februari sehingga 25 Mac 2022. Tarikh penghantaran video persembahan inovasi pada 23 – 31 Mei 2022. Tarikh penghakiman pada 13 – 17 Jun 2022. Manakala tarikh pengumuman keputusan pertandingan akan diadakan pada 8 Julai 2022. Semua pelajar dan pensyarah digalakkan turut serta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan