07 Februari 2022 - Pameran Jabatan
Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) dengan kerjasama Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan
pameran inovasi bertemakan “PENYELIDIKAN DAN
INOVASI MENCETUSKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN”. Pameran
diadakan mulai 7 hingga 14 Februari 2022
di Pusat Sumber. Tema ini bertepatan dengan suasana perkembangan pendidikan
terkini dan sangat sesuai dengan iklim pendidikan abad ke-21 ini. Guru perlu
melakukan penyelidikan untuk berubah dan meningkatkan kecemerlangan
pembelajaran. Perubahan paradigma amat penting demi kelangsungan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, berinovatif lagi berkesan dan
seterusnya meningkatkan martabat Profesion Keguruan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan