17.01.2025 Brown Bag Siri 1/2025 IPGK Ipoh

 

Brown Bag Session IPGK Ipoh Siri 1/2025 telah berlangsung pada 17 Januari 2025 bertempat di Anjung Seri Budiman IPGK Ipoh. Pada kali ini hadirin amat beruntung kerana dapat mendengar penerangan  mengenai Sukan Orienteering daripada Puan Zuridah bt. Ahmad (Pensyarah Akademik, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPGK Ipoh) yang merupakan seorang individu yang sangat berpengalaman dan berjaya dalam bidang ini. Sukan Orienteering adalah sukan lasak yang menggabungkan kecergasan fizikal dengan kemahiran navigasi. Peserta perlu menggunakan peta dan kompas untuk mencari laluan terbaik menuju ke titik-titik kawalan yang telah ditetapkan dalam masa yang paling singkat. Sukan ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal tetapi juga keupayaan berfikir dengan cepat dan tepat dalam situasi mencabar.

Antara pencapaian beliau:

- Malaysia Maze Orienteering : Tempat Ketiga tahun 2023, Naib Johan pada tahun 2024.

- MAKSAK Kebangsaan : Johan pada tahun 2017 dan 2019, Naib Johan pada tahun 2018 serta Tempat Ketiga pada tahun 2023.

Kejohanan Asia Cup : Tempat Keempat pada tahun 2017 dan Tempat Ketiga pada tahun 2018.

- Kedudukan Dunia : Ranking 889.

- Asean League : Ranking 2

- Malaysia : Ranking 1






Kongsi:

Related Posts:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan