24 November 2023 - Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGK Ipoh telah menganjurkan program Perbincangan Bulat Bulat yang diketuai Dr. Hj. Noor Azmi Bin Osman sebagai penyelaras program. Tajuk perbincangan adalah "Kemahiran Multi Dimensi Dalam Transformasi Warga Kerja IPGKI Bagi Pembentukan Adab, Akhlak & Integriti" yang dipengerusikan oleh En. Azhar, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik dan dihadiri seramai 25 orang dalam kalangan pensyarah dan kakitangan IPGK Ipoh.
Rumusan perbincangan:
1. Dalam persaingan menjada mutu pendidikan, kualiti dan kecemerlangan sudah menjadi satu syarat mutlak.
2. Kualiti dan kecemerlangan merujuk kepada ciri-ciri keunggulan dan tidak ditentukan oleh corak pengurusan. Tetapi lebih ditentukan oleh faktor manusia iaitu sikap manusia terhadap pekerjaannya.
3. Kualiti dan kecemerlangan banyak ditentukan oleh sikap seseorang terhadap kerjanya (mencintai pekerjaannya).
4. Manusia perlukan motivasi atau dorongan yang secukupnya untuk melaksanakan kerjanya dengan rela dan baik.
5. Motivasi yang terbaik/terpenting haruslah timbul dari dalam diri manusia dengan memanfaatkan nilai-nilai positif agama anutannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan