Bengkel Kerja Format Kajian Tindakan Tingkatan Enam Peringkat Daerah Kuala Kangsar 2023
Bengkel bagi membimbing penghasilan penulisan artikel untuk penyelidikan tindakan diadakan di PPD Kuala Kangsar pada 25 Mei 2023 khusus untuk guru-guru tingkatan 6 di daerah Kuala Kangsar. Kesinambunagan dari itu, pada 19 Jun 2023 satu lagi bengkel diadakan di SMK Raja Muda Musa bertujuan membuat penambahbaikan dalam penghasilan penulisan artikel Penyelidikan Tindakan. Kesemua hasil penulisan dan kajian ini akan dibentangkan di Seminar Penyelidikan anjuran PPD Kuala Kangsar Khusus untuk pendidik tingkatan 6 yang diadakan di auditorium USAS pada 3 Ogos 2023. Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Perjuangan diteruskan untuk membuat penambahbaikan lagi bagi kertas penyelidikan yang kalah dan seterusnya di bawa pula ke pertandingan pembentangan kertas kajian ke Konwensyen KIKPeP anjuran Kolej Vokasional Lebuh Cator yang di adakan di IPG Kampus Ipoh. Kali ini kejayaan menyebelahi pasukan yang dibimbing iaitu kolaborasi dengan dua tenaga pengajar tingkatan enam. Kedua-dua mereka berjaya mendapat hadiah dalam konvensyen tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan