24 Mei 2023 – Jabatan Perancangan Penyelidikan dan
Inovasi IPGKI telah melaksanakan webinar berformatkan wawancara yang bertajuk
penulisan proposal penyelidikan. Program ini dilaksanakan secara langsung di
Studio Digital IPG Kampus Ipoh. Rancangan selama 2 jam yang dijayakan bersama
Pasukan Studio Digital IPGKI, Unit LDP
IPGKI dan JTP IPGKI telah mendapat lebih 4 ribu tontonan secara langsung
dan mencecah lebih 8 ribu tontonan selepas 8 jam berikutnya.
Rancangan ini mendapat sambutan kerana ia
menepati keperluan latihan dalam perkhidmatan guru-guru terutama kepada
guru-guru yang sedang atau ingin melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Wawancara ini di jayakan bersama ahli panel Dr. Mariah bt Kamaruddin, Ketua
Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKI dan moderator Hajah Normiza bt Mohd, pensyarah
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi yang juga merupakan penyelaras
bagi program ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada krew-krew
belakang tabir yang terdiri daripada Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin, En.Badrul
Hisham bin Ahmad Sukar, En. Muhamad Firdaus bin Mohamad, En. Hasri bin Abu dan Cik
Nur Sharifah Amirah bt Ahmad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan