07 September 2022 – Bengkel Pemantapan dan Pengukuhan Pasukan Inovasi
pelajar anjuran JPPI telah diadakan di Makmal
Bestari IPGKI. Bengkel dikendalikan
oleh Dr. Norlia Mat Esa selaku penyelaras program manakala Dr Norhasimah Abu
Bakar dari JKA telah menjadi penceramah
dan fasilitator. Seramai 32 orang pelajar telah menyertai bengkel ini. Objektif
bengkel adalah memantapkan dokumentasi laporan projek inovasi untuk persembahan
dalam pertandingan. Selain itu, objektif bengkel juga untuk mempertingkatkan
kecekapan dan kemahiran dalam penyampaian idea secara kreatif dan berkualiti.
Kursus ini menyokong Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh bagi Tema Strategik 4
Penyelidikan dan Inovasi Berimpak. Diharapkan agar pelajar yang menyertai bengkel
ini akan berjaya hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam
pertandingan inovasi tahun hadapan.
07 September 2022- BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENGUKUHAN PASUKAN INOVASI PELAJAR
MESYUARAT PELARASAN KOLOKIUM PENYELIDIKAN TAHUN 2022 JPPI IPGKI DENGAN JPN PERAK
02 September 2022–Mesyuarat Pelarasan Kolokium Penyelidikan Pendidikan Perak tahun 2022 telah diadakan pada 2 September 2022 di Sektor Sumber
Teknologi Pendidikan (SSTPN) Negeri Perak. Mesyuarat ini bertujuan membuat pelarasan
Kolokium Penyelidikan Pendidikan yang bakal diadakan pada 27 September tahun
2022 di hotel Travelodge mulai 08.30 pagi 2022 dan dijangka tamat pada tarikh
yang sama 5.00 petang. Kolokium ini dianjurkan bersama oleh JPPI IPGKI dengan
usahasama dengan JPN Perak. Mesyuarat berjalan lancar dan ditangguhkan pada jam
5.15 petang. Kolokium ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Yang
Berhormat Senator Datuk Dr Mah Hang Soon. Mesyuarat kedua akan dijalankan pada
14 September 2022. Semoga Kolokium akan berjalan lancar dan menjadi penggerak
kepada penglibatan yang lebih besar dalam aktiviti penyelidikan pendidikan dalam
kalangan guru, pensyarah, dan siwa guru di Perak serta seluruh Malaysia.