01 APRIL 2022 – Bengkel Penulisan Proposal Penyelidikan Siri 1 untuk pensyarah dan guru anjuran JPPI IPGKI dengan
kerjasama Unit Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Perak
(JPNP) telah diadakan secara dalam talian.
Bengkel turut disertai pensyarah IPGKI dan pensyarah IPGK lain serta
para guru JPNP. Para guru dari JPN seluruh Malaysia termasuk JPN Sabah dan
Sarawak turut menyertai bengkel dalam talian ini. Jumlah peserta menyertai
Google Meet mencapai angka 350 orang. Bengkel ini turut disiarkan secara
langsung melalui Facebook IPGKI. Bengkel telah dikendalikan oleh Haji
Zain Hazmi pensyarah kanan Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia IPGKI
yang bertindak sebagai moderator. Penceramah ialah Dr Mariah Kamarudin pensyarah
cemerlang JIP IPGKI dan Dr Abdul Hadi Mat Dawi Pensyarah Gred Khas C dari JTPM IPGKI.
Penceramah pertama iaitu Dr Mariah Kamaruddin telah berkongsi tips teknik dan
prosedur menulis bab satu proposal diikuti bab kedua dan ketiga yang boleh
digunakan untuk untuk menghadiri temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan
juga sesi pembentangan proposal sebenar ijazah lanjutan. Dr Abdul Hadi pula
telah berkomunikasi dengan peserta untuk mengetahui tahap pengetahuan dan
keperluan peserta untuk menulis proposal peringkat Doktor falsafah dan juga
sarjana. Banyak tips penting dikongsi oleh Dr Abdul Hadi untuk kejayaan
penulisan proposal sebenar penyelidikan peringkat ijazah tinggi dan juga tujuan
temuduga HLP. Bengkel mendapat sambutan menggalakkan dengan pelbagai soal dari para peserta. Terdapat permintaan dari peserta untuk mengadakan sesi seterusnya
untuk penulisan proposal yang lengkap.