• ;
  • ;

BENGKEL KONSULTASI INOVASI PELAJAR

Kongsi:

PROGRAM BROWN BAG

 

08 Mac 2022 - Program Brown Bag anjuran JPPI bertajuk Media Sosial dlm PdPc telah diadakan secara dalam talian pada 8 Mac 2022.  Penceramah undangan ialah Saudara Mohammad Habib Sobihi bin Hamlan (Unit T) Program berlangsung dengan jayanya disertai oleh staf akademik dan pelajar IPGKI. Media sosial tiktok yang digunakan dalam PdP berjaya menarik perhatian pelajar serta menarik minat followers untuk mengikuti konten beliau. Penceramah turut berkongsi tips menghasilkan video tiktok yang baik untuk PdP dan juga penghasilan konten tiktok yang menarik dan berfaedah kepada pengguna media sosial 

Kongsi:

PROGRAM MEJA BULAT SIRI 1/2022 – ISU-ISU PENTAKSIRAN BERTERUSAN


 



02 Mac 2022 - Program Meja Bulat Siri 1/2022 bertajuk Isu-Isu Pentaksiran Berterusan (PB) telah diadakan secara dalam talian pada 2 Mac 2022. Program ini adalah anjuran JPPI. Dr Tan Ai Lee dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKI telah menjadi penceramah undangan manakala Dr Kamarudin Eliyas bertindak selaku moderator program. Program berlangsung dengan jayanya disertai oleh 49 orang staf akademik IPGKI. Turut memberi idea dan pandangan untuk pelaksanaan PB yang berjaya termasuklah KJ JPPI Dr Azmi Abdul Hamid. Jurulatih diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi NPDL Encik Zulkufli Mahyudin yang juga Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKI banyak menjelaskan kaedah pelaksanaan Pentaksiran Berterusan berlandaskan KPPB. Beberapa cetusan idea bernas dan pandangan membina dilontarkan oleh Encik Yu dari UPP IPGKI, dan Puan Saidatul Nadiah KU Perpustakaan IPGKI. Beberapa amalan dalam KPPB seperti pelaksanaan Pentaksiran Berterusan antara dua atau tiga disiplin (kursus) telah dihuraikan secara terperinci dan telah berjaya dilaksanakan dalam kalangan pensyarah IPGKI. Banyak pengetahuan dan idea baharu dalam KPPB yang amat sesuai untuk dilaksanakan dalam Pentaksiran Berterusan program pendidikan perguruan dan telah dibincangkan dalam program ini.


Kongsi:

PAMERAN JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI (JPPI) DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER IPG KAMPUS IPOH

 

07 Februari 2022 - Pameran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) dengan kerjasama  Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan pameran inovasi bertemakan “PENYELIDIKAN DAN  INOVASI MENCETUSKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN”. Pameran diadakan mulai 7 hingga  14 Februari 2022 di Pusat Sumber. Tema ini bertepatan dengan suasana perkembangan pendidikan terkini dan sangat sesuai dengan iklim pendidikan abad ke-21 ini. Guru perlu melakukan penyelidikan untuk berubah dan meningkatkan kecemerlangan pembelajaran. Perubahan paradigma amat penting demi kelangsungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, berinovatif lagi berkesan dan seterusnya meningkatkan martabat Profesion Keguruan.


Kongsi: