Pada 10 September 2020 - Ybrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) telah melancarkan Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh Tahun 2021-2025. Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh YBrs. Dr Yahya b Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh, Encik Khadri bin Fadzil Rahman, Timbalan Pengarah, Dr Abdul Hadi Mat Dawi, Ketua Perunding Eksekutif Pelan Strategik dan Ahli Jawatankuasa Pelan Strategik IPGK Ipoh. Pelancaran penuh gilang gemilang telah disempurnakan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perancangan , Penyelidikan dan Inovasi serta semua AJK Pelan Strategik di atas pelancaran tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan