Selamat datang ke laman sesawang Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI)
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pengurusan IPGMKI yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui jabatan ini mulai Januari 2024. Terima kasih kepada ketua jabatan terdahulu yang telah menjalankan amanah dengan cemerlang.
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh (IPGMKI) dari masa ke semasa sentiasa berazam dan beriltizam untuk menjayakan visi dan misi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), iaitu untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh sebagai peneraju dalam melonjakkan kecemerlangan pendidikan guru. In Sha Allah pihak kami di JPPI IPGMKI akan berusaha menjadi yang pertama dalam perancangan, penyelidikan dan inovasi.
JPPI mempunyai tugas penting iaitu untuk menyuburkan aktiviti penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengantarabangsaan dalam kalangan warga IPGM Kampus Ipoh. Kejayaan JPPI melaksanakan tugas-tugas penting tersebut akan menentukan keupayaan warga IPGM Kampus Ipoh membantu merealisasikan visi dan misi IPGM. Melaksanakan proses penyelidikan, inovasi dan pengantarabangsaan memerlukan komitmen menyeluruh bagi warga IPGM, terutamanya dalam hal-hal berkaitan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan tertentu.
Selaku Ketua Jabatan JPPI, saya berharap portal JPPI kampus ini, dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi tujuan membina rangkaian yang luas, menjalin kerjasama, menyuburkan kolaborasi untuk saling bertukar maklumat, dan membantu terutamanya dalam hal-hal berkaitan dengan penyelidikan, inovasi dan pengantarabangsaan.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.