• ;
  • ;

25.3.2025 Bengkel Analisis Data SPSS

25 Mac 2025 – Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGK Ipoh) telah menganjurkan Bengkel Analisis Data SPSS bertempat di Makmal Bestari bagi meningkatkan kemahiran pensyarah dan penyelidik dalam pengendalian perisian SPSS untuk analisis data penyelidikan.  

Bengkel ini terdiri daripada tiga slot utama, bermula dengan Slot 1: Pengenalan dan Templat SPSS yang disampaikan oleh En. Mubin bin Md Nor, Penolong Ketua Jabatan, JPPI. Slot ini menekankan cara memperoleh perisian SPSS secara atas talian, membentuk templat SPSS, memasukkan data, melakukan pembersihan data, dan menghasilkan normaliti data bagi memastikan keabsahan analisis yang dijalankan.  

Seterusnya, Slot 2: Penganalisisan Data Deskriptif dan Rajah dikendalikan oleh En. Khairil Izuan bin Ibrahim, Pensyarah JPPI, yang memberi tumpuan kepada cara mentafsir data secara deskriptif dan menghasilkan rajah bagi mempersembahkan dapatan kajian secara efektif.  

Bengkel diteruskan dengan Slot 3: Penganalisisan Data Inferensi (Parametrik dan Non-Parametrik) yang dikendalikan oleh Dr. Kamaruddinbin Ilias, Pensyarah JPPI. Peserta didedahkan kepada pelbagai kaedah analisis inferensi bagi menguji hipotesis penyelidikan dengan lebih tepat menggunakan ujian statistik parametrik dan non-parametrik.  

Bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan memberi impak positif kepada peserta dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam analisis data penyelidikan. Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan penyelidik yang lebih kompeten dalam bidang akademik dan pendidikan.













Kongsi:

7.3.2025 Majlis Meraikan Pertukaran Pn.Hjh. Normiza binti Mohd

 


Pada 7 Mac 2025, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGK Ipoh telah mengadakan Majlis Meraikan Pn. Hjh. Normiza binti Mohd daripada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) yang akan bertukar ke SMK Tasek Damai berkuat kuasa 10 Mac 2025.

Dalam majlis ini, secara rasmi Pn. Hjh. Normiza binti Mohd telah membuat serahan tugas kepada Ketua Jabatan JPPI, menandakan penghujung perjalanan beliau di IPGK Ipoh setelah sekian lama menabur bakti.

Seluruh warga IPGK Ipoh, khususnya JPPI, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn. Hjh. Normiza atas segala jasa, sumbangan, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Semoga beliau terus cemerlang dan sukses di tempat baharu serta sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Terima kasih, Pn. Hjh. Normiza. Jasamu dikenang, budimu disanjung!

Serahan Tugas oleh Pn. Hjh. Normiza kepada Dr. Munirah, Ketua Jabatan JPPI, IPGK Ipoh






Kongsi:

6.3.2025 Mesyuarat JK Pelaksana Bil1 PEDATED2025.


6 Mac 2025, En. Mubin selaku Penolong Ketua Jabatan JPPI, IPGK Ipoh telah mewakili Ketua Jabatan JPPI, IPGK Ipoh bagi mesyuarat JK Pelaksana Bil1 PEDATED2025 yg di pengerusikan oleh Pengarah IPGKBM.

Kongsi: