• ;
  • ;




 


24 Mei 2023 – Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi IPGKI telah melaksanakan webinar berformatkan wawancara yang bertajuk penulisan proposal penyelidikan. Program ini dilaksanakan secara langsung di Studio Digital IPG Kampus Ipoh. Rancangan selama 2 jam yang dijayakan bersama Pasukan Studio Digital IPGKI, Unit LDP  IPGKI dan JTP IPGKI telah mendapat lebih 4 ribu tontonan secara langsung dan mencecah lebih 8 ribu tontonan selepas 8 jam berikutnya.



Rancangan ini mendapat sambutan kerana ia menepati keperluan latihan dalam perkhidmatan guru-guru terutama kepada guru-guru yang sedang atau ingin melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Wawancara ini di jayakan bersama ahli panel Dr. Mariah bt Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKI dan moderator Hajah Normiza bt Mohd, pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi yang juga merupakan penyelaras bagi program ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada krew-krew belakang tabir yang terdiri daripada Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin, En.Badrul Hisham bin Ahmad Sukar, En. Muhamad Firdaus bin Mohamad, En. Hasri bin Abu dan Cik Nur Sharifah Amirah bt Ahmad.





Kongsi:

Konvensyen KIK & Penyelidikan Pendidikan JPPI IPGKI & Kolej Vokasioanal Leboh Cator, Ipoh.

 

16 Mei 2023 - 

Satu perbincangan awal Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif serta Penyelidikan Pendidikan (KIK-PeP) Peringkat Kebangsaan kolaborasi antara Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (JPPI, IPGKI) bersama-sama dengan Kolej Vokasional Lebuh Cator, Ipoh (KVLC) telah dilaksanakan pada 16 Mei 2023 bertempat di Bilik Teknokrat, KVLC Ipoh. Perbincangan ini telah disertai oleh lima orang pensyarah JPPI, IPGKI yang diketuai oleh Dr. Azmi bin Abdul Hamid dan tujuh orang pensyarah KVLC yang diketuai oleh Tn. Harith bin Abd Rahman sebagai Pengerusi. Hasil perbincangan telah menetapkan tarikh 19 September 2023 bagi perlaksanaan KIK-PeP 2023 bertempat di IPGKI mengikut ketetapan masa jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang serta akan melibatkan penyertaan terbuka daripada Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan IPG Kampus Ipoh.

Kongsi: