• ;
  • ;

15 Februari 2023 – LAWATAN PENANDA ARAS KOLEJ VOKASIONAL IPOH KE IPGKI

 

Pada 15 Februari 2023 JPPI, & JKA IPGKI telah menyambut kedatangan rombongan Pengarah dan pensyarah Kolej Vokasional Ipoh yang mengadakan lawatan ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Kedatangan pasukan seramai 4 orang dari KV Ipoh ini khusus untuk berbincang dengan pihak JPPI IPGKI untuk bekerjasama menganjurkan pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Turut hadir menyumbang idea dalam perbincangan ini Timbalan Pengarah IPGKI Encik Mohamad Khadri bin Fadzil Rahman dan Dr Hadi bin Mat Dawi pensyarah Gred Khas JUSA C. Program Lawatan ini adalah lanjutan dari MOU Persefahaman dan kerjasama yang telah ditandatangi oleh Ketua JK KV Perak Puan Zuraidah M Zain dengan IPGKI pada 08 Disember 2022. Perbincangan susulan akan dijalankan dalam masa terdekat. Semoga kerjasama dan perancangan ini berjalan dengan jayanya.

Kongsi:

21 Februari 2023: Webinar Penyelidikan Pendidikan Siswa Guru IPG 202


Webinar penyelidikan pendidikan anjuran JPPI, JKA dan Prospen akan dijalankan pada 21 Februari 2023 hingga 23 Februari 2023 secara dalam talian mulai 09.00 - 11.00 pagi. Webinar ini khusus untuk siswa guru unit V yang sedang menyiapkan proposal dan akan mula menjalankan penyelidikan pada semester hadapan. Webinar ini terbuka kepada semua siswa guru IPGKI. Fasilitator webinar terdiri daripada tiga orang pensyarah iaitu Dr Siti Rosni binti Mohamad Yusoff yang akan menyampaikan syarahan Kaedah Penyelidikan Kualitatif. Dr Fauziah Hanim binti Md Yusof pula menyampaikan syarahan  Kajian Tindakan. Manakala Dr Kamaruddin bin Alias menyampaikan syarahan Kaedah Penyelidikan Kuantitatif. Terima kasih kepada penceramah yang sudi berkongsi kepakaran masing-masing. Semoga kualiti penyelidikan pelajar IPGKI mencapai tahap yang tinggi dan dapat diterbitkan dalam jurnal peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  
Link untuk menyertai webinar: https://meet.google.com/nfr-kech-vut

Kongsi: