• ;
  • ;

KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022 27 SEPTEMBER 2022

 




Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Jurulatih Penyelidikan, Sijil Pemenang Kertas Penyelidikan dan Sijil Pemenang Pameran Inovasi


















Perasmian Penutupan Kolokium



Kongsi:

KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022

 

Kolokium Penyelidikan Pendidikan Peringkat Negeri Perak tahun 2022 telah dijalankan pada hari selasa 27 September 2022 yang lalu di Hotel Travelodge Ipoh. Kolokium ini adalah anjuran bersama JPPI IPGKI dengan JPN Perak. Tema kolokium ialah Penyelidikan Memacu Transformasi Pendidikan Global. Sebanyak 31 Kertas penyelidikan telah dibentang dalam kolokium ini. 15 kertas penyelidikan daripada pensyarah dan pelajar IPGKI yang telah memenangi pingat dalam Kolokium Penyelidikan Pendidikan IPGKI tahun 2022 pada Julai tahun 2022. Baki sebanyak 14 kertas penyelidikan adalah daripada guru JPN Perak yang telah menang dalam Kolokium Penyelidkan JPN Perak tahun 2022 yang diadakan 2 bulan sebelum ini.  Pada masa yang sama Pertandingan dan Pameran Inovasi Pendidikan turut diadakan dengan 14 reruai dibuka. Penyertaan Inovasi ini terdiri daripada Pensyarah IPGKI, pelajar IPGKI dan Guru JPN Perak yang telah menang pertandingan peringkat IPGI tahun 2022 dan pertandingan Inovasi peringkat JPN Perak tahun 2022.  Kolokium dimulakan dengan ucaptama oleh Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi. Manakala perasmian penutup pula disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang mewakili Timbalan Menteri Pendidikan 1 YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon.  

Kertas Penyelidkan yang menang  akan dimasukkan ke dalam jurnal penyelidikan JPN Perak Tahun 2022 yang dalam proses disiapkan dan akan dilancarkan nanti. Kertas-kertas  penyelidikan yang terbaik akan mewakili JPN Perak dalam kolokium penyelidikan pendidikan peringkat kebangsaan tahun 2022. Kolokium peringkat negeri Perak ini adalah kerjasama IPGKI dengan JPN Perak. Semoga budaya penyelidikan yang berkembang dalam kalangan warga pendidik IPGKI dan warga pendidik Perak dapat melangkah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 



Ucaptama oleh Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi




Pembentangan oleh 31 peserta di empat bilik sidang selari


Kongsi: