10.2.2026- Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI), IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Penghasilan Kajian Jabatan Siri 1, dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini melibatkan pensyarah dan pegawai pengurusan daripada pelbagai jabatan dan unit di kampus.
Bengkel ini bertujuan memperkukuh budaya penyelidikan serta meningkatkan keupayaan peserta dalam menyediakan draf atau proposal kajian jabatan yang berkualiti dan berimpak. Pelaksanaan bengkel dijalankan secara bersemuka dan berfokuskan aktiviti amali merangkumi taklimat penyediaan draf kajian, pembangunan draf secara berkumpulan serta sesi pembentangan dan maklum balas.
Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada wakil 17 jabatan dan unit, serta pembimbing dan penceramah dalam kalangan pensyarah JPPI telah terlibat secara aktif sepanjang bengkel ini. Diharapkan bengkel ini dapat menjadi pemangkin kepada penghasilan kajian jabatan yang lebih sistematik dan berimpak di IPG Kampus Ipoh.















.jpeg)
.jpeg)

