• ;
  • ;

Lawatan Tapak i-MInD di Casuarina@Meru Ipoh


 

1 Mac 2024, JPPI telah membuat Lawatan tapak di hotel casuarina ipoh dan perbincangan dengan pihak hotel bagi persediaan program i-MInD pada 23 hingga 25 september tahun 2024. Turut hadir bersama Penyelaras, Penolong Penyelaras, Setiausaha 1, Pengurus Acara, AJK persediaan tempat dan persembahan dan jawatankuasa pameran & booth pameran.










Kongsi:

Bengkel Team Building Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGM Kampus Ipoh

 


29 Februari 2024, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGM Kampus Ipoh telah melaksanakan satu bengkel team building bertempat di Taman Eko Rimba Kledang Saiong yang dikelolakan oleh En. Mubin bin Md Nor. Penceramah dan fasilitator jemputan adalah terdiri daripada pensyarah unit kaunseling IPGM Kampus Ipoh.

    Aktiviti yang dijalankan terbahagi kepada tiga iaitu Pengenalan (Ice Breaking & Brain Storming), Aktiviti dalam Kumpulan (Explorace Tracking) dan Bantuan Kecemasan di Tempat Kerja oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Perak.

    Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan gerak kerja berpasukan dalam JPPI untuk menempuhi segala cabaran akan datang di samping mengeratkan hubungan warga JPPI. 















































Kongsi:

Bengkel Pembinaan Modul e Praktikum Bagi Pelajar PISMP


Bengkel Pembinaan Modul e Praktikum bagi pelajar PISMP yang akan digunakan oleh 27 buah IPGMK telah dilaksanakan pada 27-29 Februari 2024 di IPGM Kampus Raja Melewar. Hal ini adalah disebabkan platform MYPOROMS akan ditamatkan dan akan digantikan dengan e Praktikum. Dr. HJ. Mohd Taufik bin Hj. Ahmed telah dijemput sebagai panel pembinaan platform tersebut.

Kongsi:

Panel Garis Panduan Sekolah Khusus KPM

 



Dr. Hj. Mohd Taufik bin Hj. Ahmed telah dilantik sebagai panel Pembinaan Garis Panduan Pelaksanaan Praktikum/Internship di Sekolah dalam Hospital (SDH), Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan Sekolah Integriti  Sekolah Henry Gurney (SISHG) Komponen Amalan Profesional bagi Pelajar PISMP. Bengkel kerja diadakan di IPGM Cyberjaya pada 20-22 Februari 2024. 

Kongsi: