• ;
  • ;

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik (i-MInD) Bil.1/2024.

Tepat jam 9.00 pagi pada 30 Januari 2024 (Selasa) telah terlaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik (i-MInD) Bil.1/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Senat Aras 3. YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Rektor IPGM KPM telah mempengerusikan mesyuarat ini sebagai punca kuasa bagi penganjur utama dan penganjur-penganjur bersama IPGM Kampus Zon Tengah mula bergerak untuk melaksanakan peranan masing-masing bagi menjayakan i-MInD 2024.










Kongsi:

Taklimat Ringkas Pencapaian Penarafan 2023

 


22 Januari 2024, En. Mubin bin Md Nor, Penolong Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGM Kampus Ipoh telah menyertai taklimat ringkas pencapaian penarafan 2023 berkaitan 7 dimensi oleh pemegang dimensi kepada En. Reza, pemangku Tn. Timbalan IPGM Kampus Ipoh. Taklimat ini berlangsung di ruang tamu Bilik Pengarah IPGM Kampus Ipoh.

Kongsi:

Taklimat Pindaan Terkini Dokumen EOMS

 


18 Januari 2024, Taklimat Pindaan Terkini Dokumen EOMS: Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IPG KPM-EOMS-PT-10 telah berlangsung secara atas talian. Taklimat ini telah disertai oleh En. Mubin bin Md Nor, Penolong Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGM Kampus Ipoh.




Kongsi:

Taklimat dan Perbincangan i-MInD 2024 serta Lawatan Lapangan Bersama-sama IPGM

 

11 Januari 2024, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGM Kampus Ipoh telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai IPGM Cyberjaya untuk satu taklimat dan perbincangan serta lawatan lapangan ke Hotel Casuarina@Meru yang merupakan tempat akan berlangsungnya i-MInD 2024.















Kongsi:

Taklimat Bersama-sama Ketua Jabatan JPPI Baharu

 


2 Januari 2024, secara rasminya Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGM Kampus Ipoh telah menerima kehadiran Dr. Munirah binti Abd Hamid sebagai Ketua Jabatan baharu. Sehubungan itu, satu taklimat di peringkat jabatan telah diadakan di Bilik Dahlia, IPGM Kampus Ipoh untuk membincangkan perlaksanaan aktiviti dan program bagi tahun 2024. TAHNIAH KEPADA DR. MUNIRAH & DAN SELAMAT DATANG KE JPPI.






Kongsi: