• ;
  • ;

Penerbitan Buku Kompilasi Inovasi Pendidikan IPG Kampus Ipoh Tahun 2022


 30.04.2023Buat julung kalinya Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Ipoh telah menerbitkan sebuah buku yang berjudul “Kompilasi Inovasi Pendidikan, IPG Kampus Ipoh Tahun 2022”.

Penerbitan buku ini dikendalikan oleh Ketua Unit Inovasi, JPPI Dr Norlia Mat Isa dengan kerjasama semua pensyarah Jabatan
Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Ipoh. Penerbitan buku ini mengambil masa selama 5 bulan kerana pihak editor perlu menyusun dan menyunting laporan penuh projek inovasi yang telah ditulis oleh para siswa guru dan pensyarah yang terlibat dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan, anjuran IPG Kampus Ipoh pada tahun 2022 terlebih dahulu sebelum membuat draf penerbitan buku. 

Semoga perkongsian laporan projek inovasi ini dapat dijadikan bahan rujukan membantu pensyarah, siswa guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia secara amnya untuk sentiasa berfikir secara kreatif dan inovatif dalam mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran sekaligus melonjak budaya pendidikan terbaik dalam masyarakat Malaysia.






Kongsi: