• ;
  • ;

Ucapan Selamat Meyambut Aidil Fitri 2023 Maaf Zahir Batin

 

14 April 2023 - Semua Ahli JPPI mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada warga IPGKI dan seluruh umat Islam di Malaysia dan di mana jua. Semoga ibadah Ramadhan kita diterima dan diberkatiNya.

Kongsi:

CDL HAND-ON ONLINE SESSION IPG (SIRI 14)

 

14 April 2023 - CDL HAND-ON ONLINE SESSION IPG (SIRI 14). Satu program CDL dalam talian bertajuk  Penulisan Artikel : Ruang dan Peluang anjuran CDL, IPGM, KPM dan YGTHO akan dijalankan pada 14 April 2023. Encik Mohd Fahrur Rozi bin Ismail pensyarah JPPI IPGKI sebagai penceramah akan berkongsi pengalaman dan kepakaran. Disertakan pautan di bawah untuk semua pensyarah dan pelajar yang berminat untuk menyertai CDL Hands-on ini.

Kongsi:

PELANCARAN JURNAL DEDIKASI




 17 Mac 2023 – Dua buah Jurnal Dedikasi telah dilancarkan pada 17 Mac 2023 dalam Perhimpunan Organisasi bulan Mac di Dewan Seri
Tanjung IPGKI. Dr Yahya Osman Pengarah IPGKI telah meyempurnakan majlis pelancaran Jurnal Dedikasi
JILID 19 (BIL.2) 2021 & JILID 20 (BIL 1) 2022.  Tahniah kepada semua penyelidik yang menyumbang artikel dalam kedua-dua jurnal ini. Kejayaan penerbitan Jurnal Dedikasi adalah usaha gigih Ketua Jabatan JPPI Dr Azmi Abdul Hamd, Dr Kamarudin Ilias sebagai Ketua Editor, Dr Fauziah Hanis Mohd Yusof sebagai Penolong Ketua Editor, semua pensyarah JPPI dan pensyarah semua jabatan di IPGKI yang menjalankan penyelidikan.  
Semoga budaya menjalankan penyelidikan dan penerbitan bertambah subur dalam kalangan pensyarah serta siswa guru IPGKI.

Kongsi:

BENGKEL ANALISIS DATA KUANTATIF DAN SPSS

 

17 Mac 2023 - BENGKEL ANALISIS DATA KUANTATIF DAN SPSS. Bengkel ini djalankan pada 17 Mac 2023 mulai jam 8 malam secara dalam talian menggunakan Google Meet. Dr Noor Azmi Osman dan Dr Kamarudin Ilias pensyarah kanan JPPI telah menjadi fasilitator dan berkongsi kepakaran menganalisis data kuantitatif menggunakan perisian SPSS. Peserta terdiri daripada pelajar Unit V IPGKI yang sedang menulis proposal penyelidikan pendidikan. Penyelidikan adalah satu prasyarat untuk pengijazahan siswa guru semua IPGK

Kongsi:

IPOH CAMPUS TALK 1 TAHUN 2023

 

10 Mac 2023 – IPOH CAMPUS TALK. Program IPOH CAMPUS TALK yang ditangguhkan pada waktu PKP telah diadakan kembali pada 10 Mac 2023. Dr Noor Azmi bin Osman Pensyarah Kanan JPPI menyelaras program Ipoh Campus Talk 1 Tahun 2023 di samping menjadi moderator. Dr Azmi Abdul Hamid Ketua Jabatan JPPI telah memberi ucapan alu-aluan dan merasmikan program Ipoh Campus Talk 1 Tahun 2023 ini. Program dijalankan di Dewan Sei Kledang (PULAKO), Unit Ko-Kurikulum disertai oleh 35 orang pensyarah dan staf IPGKI. Panel pertama ialah Encik Mohd Fahrur Rozi bin Ismail dari JPPI yang berkongsi pengalaman dan kepakaran menulis artikel. Encik Shahrun bin Ilias dari Unit Ko-Kurikulum IPGKI pula berkongsi kepakaran dan pengetahuan memupuk kecemerlangan siswa guru dalam aktiviti ko-kurikulum.


Kongsi: