• ;
  • ;

10.02.2026 BENGKEL PENGHASILAN KAJIAN JABATAN SIRI 1

10.2.2026- Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI), IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Penghasilan Kajian Jabatan Siri 1, dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini melibatkan pensyarah dan pegawai pengurusan daripada pelbagai jabatan dan unit di kampus.

Bengkel ini bertujuan memperkukuh budaya penyelidikan serta meningkatkan keupayaan peserta dalam menyediakan draf atau proposal kajian jabatan yang berkualiti dan berimpak. Pelaksanaan bengkel dijalankan secara bersemuka dan berfokuskan aktiviti amali merangkumi taklimat penyediaan draf kajian, pembangunan draf secara berkumpulan serta sesi pembentangan dan maklum balas.

Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada wakil 17 jabatan dan unit, serta pembimbing dan penceramah dalam kalangan pensyarah JPPI telah terlibat secara aktif sepanjang bengkel ini. Diharapkan bengkel ini dapat menjadi pemangkin kepada penghasilan kajian jabatan yang lebih sistematik dan berimpak di IPG Kampus Ipoh.







Kongsi:

22.1.2026 Sambutan Hari Jadi Pensyarah JPPI Bulan Januari

 


22.1.2026 – Sambutan hari jadi pensyarah JPPI bagi bulan Januari telah berlangsung dalam suasana ceria dan harmoni. Warga JPPI bersama-sama meraikan hari lahir Dr. Fauziah Hanim dan Dr. Noor Azmi sebagai tanda penghargaan dan kebersamaan. Sambutan ringkas ini bukan sahaja menceriakan suasana jabatan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kekeluargaan dalam kalangan warga JPPI.

Kongsi:

16.1.2026 Gotong Royong Pertama JPPI




16 Januari 2026, gotong-royong pertama di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kerjasama apabila semua warga JPPI berganding bahu menjayakannya. Aktiviti ini dijalankan bagi mengemas, membersihkan serta menceriakan kawasan JPPI agar lebih kemas, selesa dan kondusif untuk semua. Usaha bersama ini turut memperkukuh hubungan silaturahim dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga JPPI.

Kongsi:

12.1.2026 Selamat Bertugas Dr. Manirajan di Jabatan Ilmu Pendidikan

 

Pada 12 Januari 2026, Dr. Manirajan telah mula bertugas di Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP). Warga Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI), IPG Kampus Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen serta khidmat bakti beliau sepanjang 6 tahun berkhidmat di JPPI. Semoga Dr. Manirajan terus cemerlang dan diberikan kelancaran dalam menjalankan amanah baharu. Selamat bertugas dan maju jaya!

Kongsi:

22.5.2025 Bengkel Kerja Penulisan Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027 Bagi Mata Pelajaran Alam dan Manusia Pembelajaran Bersepadu Tahun 2 Bil. 3/2025



Pada 19 hingga 22 Mei 2025, Bengkel Kerja Penulisan Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027 Bagi Mata Pelajaran Alam dan Manusia Pembelajaran Bersepadu Tahun 2 Bil. 3/2025 telah diadakan bertempat di Hotel Impiana, Ipoh.

Bengkel ini telah menghimpunkan tenaga pakar dan pendidik dari seluruh negara bagi menyumbang idea serta kepakaran dalam merangka dan memperkemas dokumen kurikulum bagi kegunaan persekolahan tahun 2027.

Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGK Ipoh berbangga dengan penyertaan dua orang pensyarah iaitu En. Mubin bin Md Nor dan En. Mohd Fahrur Rozi bin Ismail, yang telah memberikan sumbangan bermakna dalam pembangunan kurikulum ini. Penglibatan mereka mencerminkan komitmen jabatan dalam memperkukuh dasar pendidikan negara melalui penglibatan aktif dalam pembangunan kurikulum kebangsaan.














Kongsi:

2.5.2025 Pelancaran Jurnal Penyelidikan Dedikasi IPGMK Ipoh

 


Pada 2 Mei 2025, telah berlangsung Majlis Pelancaran Jurnal Penyelidikan Dedikasi IPGMK Ipoh yang disempurnakan oleh Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Ipoh. Majlis ini merupakan satu detik bersejarah yang meraikan usaha penyelidikan warga IPGK Ipoh dalam menerbitkan hasil kajian yang berkualiti serta berimpak kepada dunia pendidikan.

Penerbitan jurnal ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi dalam menggalakkan budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah dan warga institut. Diharapkan jurnal ini dapat menjadi wadah ilmu dan rujukan berguna kepada para pendidik, penyelidik serta pengamal pendidikan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penerbitan jurnal ini.









Kongsi:

2.5.2025 Majlis Santunan Budi Dr. Kamaruddin bin Ilias

 

Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGK Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Kamaruddin bin Ilias atas segala sumbangan, khidmat bakti dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat di IPGK Ipoh.

Sebagai tanda penghormatan sempena persaraan beliau, satu Majlis Santunan Budi telah diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan beliau dalam dunia pendidikan, khususnya dalam pembangunan penyelidikan di institut ini.

Seluruh warga IPGK Ipoh mendoakan agar Dr. Kamaruddin bin Ilias sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan dalam menempuh fasa baharu kehidupan selepas persaraan.

“Yang pergi tetap dikenang, yang berjasa tetap dihargai.”


































Kongsi: